Skip to content

Seksyen 11

Boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah

of Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950

ActIn forceProvision 11 of 12
Seksyen 11

Suatu salinan perintah nafkah hendaklah diberikan kepada orang yang bagi nafkahnya perintah nafkah itu dibuat, atau kepada penjaga orang itu, dan pembayaran hendaklah dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah yang dalam had tempatan bidang kuasanya orang yang kepadanya perintah itu ditujukan boleh dijumpai, atas pengemukaan salinan perintah itu, dan mahkamah berpuas hati tentang identiti pihak-pihak itu dan jumlah wang yang dituntut yang tidak dibayar itu.