Seksyen 7
Enakmen terdahulu
of Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950
Semua perintah, yang dibuat oleh suatu mahkamah di bawah mana-mana Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini, dan yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibuat oleh mahkamah itu di bawah Akta ini, dan Akta ini hendaklah terpakai bagi perintah itu dengan sewajarnya.
(2)
Apabila suatu permohonan untuk mengubah mana-mana perintah yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat berkenaan dengan nafkah seorang anak tidak sah taraf, mahkamah boleh membuat, di bawah seksyen 6, apa-apa perintah yang mahkamah itu boleh buat atas suatu permohonan di bawah subseksyen 3(2).
Kuasa mahkamah untuk menolak perintah apabila prosiding