Seksyen 6
Pembatalan dan pengubahan perintah
of Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950
Atas permohonan mana-mana orang yang menerima atau yang diperintahkan untuk membayar suatu elaun bulanan di bawah Akta ini, dan atas pembuktian suatu perubahan dalam hal keadaan orang itu, isteri atau anaknya, atau bagi sebab yang baik lain yang ditunjukkan sehingga mahkamah berpuas hati, mahkamah yang olehnya perintah itu dibuat, boleh membatalkan perintah itu atau boleh mengubahnya sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah itu.
(2)
Tanpa menjejaskan setakat budi bicara yang diberikan kepada mahkamah oleh subseksyen (1), mahkamah boleh, dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini, mengambil kira apa-apa perubahan dalam kos sara hidup am yang mungkin berlaku antara tarikh pembuatan perintah yang dimohon untuk diubah itu dengan tarikh pendengaran permohonan itu.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 263
Pemakaian Akta bagi perintah yang dibuat di bawah