Skip to content
In forceUpdated to 29 Nov 2024Read it in English

3. Mahkamah boleh membuat perintah bagi nafkah isteri dan anak-anak

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang abai atau enggan untuk menanggung isterinya atau seorang anak sah tarafnya yang tidak dapat untuk menanggung dirinya, mahkamah, apabila dibuktikan dengan sewajarnya, boleh memerintahkan orang itu untuk membuat suatu elaun bulanan bagi nafkah isterinya atau anak itu, mengikut kadar kemampuan orang itu, sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah itu.

(2)

Jika mana-mana orang abai atau enggan untuk menanggung seorang anak tidak sah tarafnya yang tidak dapat untuk menanggung dirinya, mahkamah, apabila dibuktikan dengan sewajarnya, boleh memerintahkan orang itu untuk membuat apa-apa elaun bulanan, sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah itu.

(3)

Elaun itu kena dibayar dari tarikh pengabaian atau keengganan itu atau dari apa-apa tarikh kemudiannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Report