Seksyen 5
Isteri yang tinggal berasingan daripada suami
of Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950
Jika mana-mana orang, yang terhadapnya suatu perintah telah dimohon atau dibuat bagi nafkah isterinya, menawarkan untuk menanggung isterinya dengan syarat isterinya tinggal bersamanya, dan isterinya enggan berbuat demikian, mahkamah hendaklah mempertimbangkan apa-apa alasan bagi keengganan yang dinyatakan oleh isteri itu, dan boleh membuat atau menguatkuasakan perintah yang disebut terdahulu, walau apa pun tawaran itu, jika mahkamah itu berpuas hati bahawa orang itu hidup dalam perzinaan atau bagi apa-apa sebab lain adalah adil untuk berbuat demikian.
Hal yang dalamnya isteri tidak berhak kepada elaun
(2)
Tiada seorang isteri pun berhak untuk menerima suatu elaun daripada suaminya di bawah Akta ini jika dia hidup dalam perzinaan, atau jika, tanpa apa-apa sebab yang mencukupi, dia enggan hidup bersama suaminya.