Martial Arts Societies Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pendaftaran
13. Pendaftaran pertubuhan seni mempertahankan diri
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), tiada pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] atau kumpulan orang selain suatu syarikat, perniagaan, perkongsian atau firma boleh mempunyai sebagai satu daripada tujuan atau aktivitinya, pembelajaran oleh anggotanya apa-apa gaya seni mempertahankan diri melainkan jika pertubuhan atau kumpulan orang itu didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini.
Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966
mempunyai sebagai satu daripada tujuan atau aktivitinya, pembelajaraan oleh anggotanya apa-apa gaya seni mempertahankan diri, pertubuhan itu hendaklah, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh itu, membuat permohonan bagi pendaftaran sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini.
Sesuatu permohonan bagi didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri hendaklah—
ditandatangani oleh Pengerusi atau Yang Dipertua dan
Setiausaha pertubuhan atau kumpulan orang itu;
menyatakan gaya seni mempertahankan diri yang akan dipelajari oleh anggotanya;
disertakan dengan suatu senarai anggota yang akan mempelajari dan pengajar yang akan mengajarkan gaya seni mempertahankan diri itu, memberikan nama penuh mereka, nombor kad pengenalan mereka, taraf kewarganegaraan mereka, alamat mereka dan kerjaya mereka dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar;
menyatakan tempat seni mempertahankan diri yang dinyatakan dalam perenggan (b) itu akan dipelajari oleh anggotanya; dan
Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 13
dalam hal sesuatu kumpulan orang selain suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966, disertakan dengan —
minit mesyuarat sulung kumpulan itu;
perlembagaannya; dan
suatu senarai orang yang menghadiri mesyuarat sulung itu.
Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
Jika Pendaftar meluluskan permohonan itu, dia hendaklah mendaftarkan pertubuhan atau kumpulan orang itu sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri dan hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan.
Tempat yang dinyatakan dalam permohonan bagi didaftarkan sebagai tempat seni mempertahankan diri akan dipelajari hendaklah didaftarkan sebagai tempat belajar.
Mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan 1966, atau kumpulan orang yang melanggar subseksyen
melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.