Martial Arts Societies Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pendaftaran
18. Sekatan mengenai mempelajari seni mempertahankan diri
Feedback & supportTiada mana-mana dua orang atau lebih boleh berkumpul untuk mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri melainkan jika mereka ialah pengajar yang didaftarkan atau anggota suatu pertubuhan atau kumpulan orang yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri.
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh mengecualikan daripada peruntukan Akta ini, mana-mana pertubuhan atau persatuan yang berkenaan dengannya, ada pada masa itu berkuat kuasa, suatu perakuan (yang boleh diberi, ditolak atau dibatalkan mengikut budi bicaranya) oleh seseorang atau sesuatu pihak berkuasa yang dilantik di bawah peruntukan undang-undang bertulis yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran sekolah bahawa pertubuhan atau persatuan itu menjadi sebahagian daripada kurikulum sesuatu sekolah.
Mana-mana orang yang termasuk dalam mana-mana kelas orang yang disebut dalam Jadual Kedua tidak boleh—
masuk sebagai anggota suatu kumpulan orang yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri; atau
jika dia seorang anggota suatu pertubuhan yang didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri, mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri, kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pendaftar.
Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual
Kedua sebagaimana yang difikirkannya patut.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
18
Undang-Undang Malaysia