Martial Arts Societies Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pendaftaran
21. Pemakaian Akta Pertubuhan 1966 bagi Akta ini
Feedback & supportPeruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan yang dibuat di bawahnya dan Akta ini hendaklah dibaca sebagai satu;
dan mana-mana kumpulan orang selain suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang—
membuat permohonan bagi didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri; atau
selepas permohonannya, didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini, hendaklah mematuhi, sebagai tambahan kepada Akta ini, peruntukan
Akta Pertubuhan 1966:
Dengan syarat bahawa tiada permohonan yang berasingan boleh dikehendaki bagi didaftarkan suatu kumpulan orang sebagai suatu pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan apabila didaftarkan kumpulan orang itu sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini, kumpulan orang itu hendaklah disifatkan telah didaftarkan juga sebagai suatu pertubuhan di bawah Akta
Pertubuhan 1966.
Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 19
Ungkapan “pertubuhan” dalam Akta Pertubuhan 1966
hendaklah melainkan jika konteks Akta ini menghendaki makna yang lain, disifatkan termasuk suatu pertubuhan seni mempertahankan diri yang didaftarkan di bawah Akta ini dan kuasa Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan untuk membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 67 Akta Pertubuhan 1966
hendaklah disifatkan meliputi dan termasuk pertubuhan seni mempertahankan diri yang didaftarkan di bawah Akta ini.