Martial Arts Societies Act 1976 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pendaftaran
22. Kesan pembatalan di bawah Akta Pertubuhan dan Akta ini atas pertubuhan dan pertubuhan seni mempertahankan diri
Feedback & support(1)
Jika pada menjalankan mana-mana peruntukan Akta
Pertubuhan 1966, pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta itu telah dibatalkan, pendaftaran pertubuhan itu sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah dibatalkan juga.
(2)
Jika pendaftaran suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini telah dibatalkan, pembatalan itu tidak boleh, jika ia ialah suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan 1966 dan selepas pendaftaran itu didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini, menyentuh pendaftarannya sebagai suatu pertubuhan di bawah
Akta itu.