Seksyen 41
Tindakan pembetulan di lapangan
of Akta Peranti Perubatan 2012
ActIn forceProvision 41 of 80
Seksyen 41
Sesuatu establismen hendaklah menjalankan tindakan pembetulan atau pencegahan berhubungan dengan sesuatu peranti perubatan yang diimport dan diletakkan dalam pasaran yang boleh termasuk—
(a)
pemulangan peranti perubatan itu kepada establismen itu;
(b)
pengubahsuaian peranti perubatan itu;
(c)
pertukaran peranti perubatan itu;
(d)
pemusnahan peranti perubatan itu; atau
(e)
nasihat khusus tentang penggunaan peranti perubatan itu.