Skip to content

Seksyen 6

Permohonan bagi pendaftaran peranti perubatan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 6 of 80
Seksyen 6
(1)

Sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu peranti perubatan hendaklah dibuat oleh establismen kepada Pihak Berkuasa mengikut cara yang ditetapkan.

(2)

Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh pemohon sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak oleh Pihak

Berkuasa.

(3)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(4)

Pihak Berkuasa boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas diterimanya sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), meminta pemohon supaya memberi Pihak Berkuasa dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan mengenai permohonan itu atau sampel peranti perubatan itu.

(5)

Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan, atau sampel peranti perubatan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan lagi, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat permohonan baru.