Skip to content

Seksyen 7

Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftarkan peranti perubatan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 7 of 80
Seksyen 7
(1)

Apabila permohonan yang dibuat di bawah seksyen 6 diterima dan

Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa—

Peranti Perubatan 15

(a)

peranti perubatan itu telah menjalani tatacara penilaian pematuhan yang dijalankan oleh suatu badan penilaian pematuhan; dan

(b)

pemohon telah mematuhi apa-apa kehendak Pihak Berkuasa yang dibuat di bawah subseksyen 6(4),

Pihak Berkuasa boleh, selepas apa-apa pemeriksaan premis yang di dalamnya peranti perubatan itu dibuat sebagaimana yang difikirkannya patut dan perlu untuk dijalankan dan apabila fi pendaftaran yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan peranti perubatan itu bagi suatu tempoh yang ditetapkan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa untuk dikenakan, memberikan suatu nombor pendaftaran kepada peranti perubatan itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon.

(2)

Pihak Berkuasa tidak boleh mendaftarkan peranti perubatan itu jika ia tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).

Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan dan untuk mengubah atau membatalkan syarat