Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian V · Penguatkuasaan

26. Kuasa menangkap dan menahan

(1)

Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, boleh tanpa waran—

(a)

menangkap mana-mana orang yang dia ada sebab untuk percaya telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

dan

(b)

menahan mana-mana kapal yang dia ada sebab untuk percaya telah digunakan dalam melakukan kesalahan sedemikian:

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

Dengan syarat bahawa apabila mana-mana orang telah ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, dia hendaklah sesudah itu diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].

(2)

Jika sesuatu kapal telah ditahan di bawah subseksyen (1)

Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh melepaskan kapal itu kepada pemunya, nakhoda atau ejennya tertakluk kepada pemberian jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa kapal itu akan diserahkan kepadanya atas permintaan.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1394).

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules