Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian V · Penguatkuasaan

27. Kuasa untuk menaiki dan menggeledah kapal

(1)

Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, boleh tanpa waran—

(a)

menaiki dan menggeledah mana-mana kapal; atau

(b)

memasuki dan menggeledah mana-mana premis, dan boleh menjalankan apa-apa pemeriksaan dan penelitian yang difikirkannya perlu dan boleh menyita apa-apa buku, kertas, dokumen atau benda lain yang dijumpai di tempat itu yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan boleh membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana buku, kertas atau dokumen sedemikian.

(2)

Mana-mana orang yang menyerang, menggalang, merintangi atau menghalang Pengarah Laut atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan tugasnya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 41

lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules