Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian III · Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan
Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian III · Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Fungsi Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan adalah—
untuk merealisasikan, mewujudkan dan menyenggarakan atau menyebabkan supaya disenggarakan Standard
Pengukuran Kebangsaan bagi maksud seksyen 6;
untuk menyebarkan unit pengukuran yang boleh dikesan kepada Standard Pengukuran Kebangsaan;
untuk menyenggarakan atau menyebabkan supaya disenggarakan waktu seragam sejagat;
untuk menjalankan penyelidikan dan membangunkan teknologi pengukuran dan standard pengukuran;
untuk meluluskan reka bentuk alat pengukur;
untuk menyelaraskan dan menggalakkan sistem pengukuran kebangsaan;
untuk membantu Majlis dalam perkara yang berhubungan dengan teknologi pengukuran dan standard pengukuran;
untuk menerbitkan dan menyebarkan maklumat teknikal yang berhubungan dengan teknologi pengukuran dan standard pengukuran; dan
untuk melaksanakan mana-mana fungsi lain sebagaimana yang dikehendaki dan didapati perlu oleh Menteri.
12
Undang-Undang Malaysia
Bahagian IV