Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian III · Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan

11. Kuasa Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan

(1)

Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu atau suai manfaat bagi, atau bersampingan dengan penjalanan fungsinya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Makmal

Standard Pengukuran Kebangsaan hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk melakukan perbandingan antarabangsa bagi standard pengukuran;

(b)

untuk bekerjasama dan berusaha sama dengan makmal pengukuran lain dan institusi pengajian tinggi dalam bidang pengukuran;

(c)

untuk mewakili Malaysia dalam aktiviti pengukuran antarabangsa;

(d)

untuk mengenakan fi dan caj lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;

(e)

untuk mengeluarkan suatu perakuan berkenaan dengan mana-mana bahan rujukan atau mengiktiraf suatu perakuan berkenaan dengan mana-mana bahan rujukan yang dikeluarkan oleh mana-mana orang atau badan lain;

dan

(f)

untuk melaksanakan mana-mana fungsi lain yang dikehendaki oleh Menteri.

Report

Bahagian IV

Majlis Pengukuran Kebangsaan

Bahagian V

Schedules