Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian III · Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan
Akta Sistem Pengukuran Kebangsaan 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian III · Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, dengan nasihat Majlis, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melantik mana-mana organisasi di dalam Malaysia untuk menjalankan tugas sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 14(2)(f)(i) berkenaan dengan—
unit khusus pengukuran;
bahan rujukan diperakui khusus;
kategori khusus unit pengukuran; dan
kategori khusus bahan rujukan diperakui.
Sistem Pengukuran Kebangsaan 13
Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) hanya boleh dijalankan sekiranya Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan tidak dapat menjalankan mana-mana fungsinya di bawah seksyen 10.
Organisasi yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah di bawah pengawasan teknikal Makmal Standard Pengukuran
Kebangsaan dan hendaklah tertakluk kepada tugas dan kuasa dan terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen 14(2).
Bahagian IV