Seksyen 16
Kewajipan dan kuasa Ketua Pengarah
of Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan dan kuasa sebagaimana yang dikenakan ke atasnya atau diberikan kepadanya oleh Majlis.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kewajipan yang berikut:
(a)
untuk melaksanakan dasar dan langkah strategik mengenai keselamatan negara yang dirumuskan oleh Majlis;
(b)
untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan langkah strategik mengenai keselamatan negara oleh Entiti
Kerajaan;
(c)
untuk menasihati dan membuat syor kepada Majlis mengenai langkah strategik yang berkenaan dengan keselamatan negara;
(d)
untuk mengumpul, menilai, menghubungkaitkan dan menyelaras maklumat dan risikan daripada semua Entiti
Kerajaan, dan untuk menyebarkan maklumat dan risikan itu kepada Entiti Kerajaan sebagaimana yang perlu demi kepentingan keselamatan negara;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 776
(e)
untuk menyelia dan memantau pelaksanaan perisytiharan kawasan keselamatan dan apa-apa perintah eksekutif yang dikeluarkan;
(f)
untuk mengeluarkan arahan kepada Entiti Kerajaan mengenai langkah-langkah keselamatan negara; dan
(g)
untuk melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), fungsi penyeliaan dan pemantauan yang diberikan kepada Ketua Pengarah tidak meliputi kawalan operasi Pasukan Keselamatan.