Seksyen 17
Kewajipan Entiti Kerajaan berhubung dengan maklumat atau risikan
of Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
Demi kepentingan keselamatan negara, Entiti Kerajaan hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada Majlis melalui
Ketua Pengarah apa-apa maklumat atau risikan yang menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan keselamatan negara berserta penilaian kebolehpercayaan maklumat atau risikan itu.
(2)
Apabila diarahkan oleh Majlis, mana-mana Entiti Kerajaan atau mana-mana orang hendaklah dengan serta-merta menjadikan tersedia apa-apa maklumat atau risikan dalam milikannya yang berhubungan dengan keselamatan negara kepada Majlis melalui Ketua Pengarah.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, Majlis boleh mengeluarkan arahan untuk memudahkan perkongsian maklumat dan risikan antara Entiti
Kerajaan.
Majlis Keselamatan Negara 15