Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian III · Majlis Latihan Khidmat Negara

12. Section 12

Feedback & support
(1)

Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik pihak berkuasa yang sepatutnya bagi maksud penjalanan peruntukan Akta ini.

(2)

Jika melalui atau di bawah peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mana-mana orang dikehendaki

Latihan Khidmat Negara 13

membuat laporan kepada atau mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen kepada Majlis, orang itu hendaklah disifatkan telah membuat laporan sedemikian atau mengemukakan maklumat atau dokumen itu jika dia membuat laporan atau mengemukakan maklumat atau dokumen itu kepada pihak berkuasa yang sepatutnya yang dilantik bagi maksud itu.

(3)

Jika melalui atau di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa perintah, arahan atau pemberitahuan hendaklah diberikan oleh Majlis, perintah, arahan atau pemberitahuan itu hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, disifatkan telah dibuat dengan sepatutnya dan secara sah jika telah dibuat bagi pihaknya oleh pihak berkuasa yang sepatutnya yang dilantik bagi maksud itu.

Report

Bahagian IV

Jabatan Latihan Khidmat Negara

Bahagian V

Bahagian VI

Penangguhan Tanggungan untuk Menghadiri

Bahagian VII

Cuti Daripada Penggajian

Bahagian VIII

Pelantikan Jurulatih

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules