National Service Training Act 2003 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Majlis Latihan Khidmat Negara
7. Keanggotaan Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Menteri:
seorang Pengerusi;
lima orang anggota yang mewakili Kerajaan; dan
tidak kurang daripada tiga orang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang hendaklah terdiri daripada wakil kaum-kaum yang utama di Malaysia.
Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Majlis untuk bertindak sebagai Pengerusi bagi tempoh—
apabila jawatan Pengerusi kosong;
apabila Pengerusi tiada di Malaysia; atau
Latihan Khidmat Negara 11
apabila Pengerusi, kerana apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan tugas jawatannya.