Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian III · Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekerja Institut

19. Pengambilan khidmat pegawai dan pekerja lain Institut

(1)

Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (4), Institut boleh mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekerja lain sebagaimana yang difikirkan wajar dan perlu oleh Institut dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Institut bagi menjalankan maksud Akta ini.

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Institut.

(3)

Tiada seorang pun layak untuk diambil berkhidmat sebagai pegawai atau pekerja Institut jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Institut.

20

Undang-Undang Malaysia

(4)

Institut boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekerjanya.

(5)

Institut boleh menerima pakai, dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut, apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh

Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah

Bahagian ini.

Report

Bahagian IV

Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan

Bahagian V

Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Kuasa Lain Institut

Bahagian VIII

Schedules