Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian V · Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan
Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian V · Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Institut boleh menubuhkan pusat satelit untuk memberikan perkhidmatan nasihat, perundingan, penyelidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dalam bidang sains sukan dan perubatan sukan.
Pusat satelit yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah diketuai oleh seseorang yang dilantik oleh Institut.
Ketua pusat satelit hendaklah bertanggungjawab kepada
Institut dan hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan yang diberikan oleh Institut kepadanya.
Pusat satelit yang menyenggarakan klinik, farmasi, makmal dan kemudahan lain bagi perubatan sukan hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penubuhan, penyenggaraan dan pentadbiran klinik, farmasi, makmal, dan kemudahan lain itu.
Pusat satelit hendaklah menggunakan apa-apa nama yang diberikan oleh Institut.
Bahagian VI
Bahagian VII