Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian IV · Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan
Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian IV · Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Institut hendaklah menjadi penyedia utama berkenaan dengan perkhidmatan dalam sains sukan dan perubatan sukan kepada Majlis Sukan Negara.
Institut Sukan Negara 21
Perkhidmatan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk—
menyediakan perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan dalam program latihan atlet;
membuat syor mengenai penggunaan kemahiran dan teknik yang relevan berhubung dengan sains sukan dalam apa-apa aktiviti, acara atau pertandingan sukan;
menjalankan apa-apa pemeriksaan, pengujian dan penilaian terhadap prestasi seseorang atlet yang dirujuk kepada
Institut oleh Majlis Sukan Negara dan membuat apa-apa syor bagi memperbaik prestasi atlet itu;
melaksanakan rawatan yang perlu bagi dan pengurusan—
keadaan perubatan seseorang ahli sukan; dan
kecederaan yang dialami oleh seseorang ahli sukan dalam apa-apa aktiviti, acara atau pertandingan sukan; dan
memantau dan menguruskan perkhidmatan yang diberikan di bawah perenggan (a) hingga (d).
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII