Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian III · Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekerja Institut

18. Kuasa dan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif

(1)

Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai

Eksekutif Institut dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Institut Sukan Negara 19

(2)

Institut hendaklah meletak hak pada Ketua Pegawai Eksekutif apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Institut.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Institut.

(6)

Jika Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada buat sementara di

Malaysia atau tidak berupaya untuk sementara oleh sebab sakit atau oleh apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pegawai Eksekutif adalah kosong pada masa itu, Institut boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai

Eksekutif semasa ketiadaan atau ketidakupayaan sementara itu.

Report

Bahagian IV

Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan

Bahagian V

Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Kuasa Lain Institut

Bahagian VIII

Schedules