Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian VIII
Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian VIII
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota Institut atau mana-mana jawatankuasanya, pegawai, pekerja atau ejen Institut atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Institut atau mana-mana jawatankuasanya boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.