Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian I · Permulaan

2. Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli sukan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576];

8

Undang-Undang Malaysia

“atlet” ertinya ahli sukan yang menerima latihan dan bertanding dalam pertandingan atau acara sukan;

“atlet yang berpotensi” ertinya ahli sukan yang mempunyai keupayaan fizikal yang cemerlang mengikut peringkat umur dan berkebolehan menguasai kemahiran lokomotor serta boleh menerima proses pembelajaran kecerdasan emosi dengan baik dan memiliki semangat daya saing yang tinggi;

“badan sukan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Pembangunan Sukan 1997;

“entiti Kerajaan” ertinya—

(a)

Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan; dan

(b)

mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya;

“Institut” ertinya Institut Sukan Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 18(1) dan termasuklah mana-mana Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang diarahkan di bawah subseksyen 18(6) untuk melaksanakan tugas Ketua Pegawai

Eksekutif;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Institut Sukan

Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;

“Majlis Sukan Negara” ertinya Majlis Sukan Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 [Akta 29];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sukan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Institut yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(a);

Institut Sukan Negara 9

“perubatan sukan” ertinya amalan perubatan oleh pengamal perubatan dalam mencegah, mendiagnos dan mengurus kecederaan dan keadaan perubatan berhubung dengan sukan dan aktiviti senaman;

“sains sukan” ertinya bidang yang berkaitan dengan pemakaian prinsip saintifik bagi memperbaik prestasi kesukanan.

Report

Bahagian II

Institut Sukan Negara

Bahagian III

Ketua Pegawai Eksekutif, Pegawai dan Pekerja Institut

Bahagian IV

Perkhidmatan dalam Sains Sukan dan Perubatan Sukan

Bahagian V

Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Kuasa Lain Institut

Bahagian VIII

Schedules