Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Bahagian V · Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan

26. Harta dalam dapatan penyelidikan

(1)

Harta dalam tiap-tiap dapatan penyelidikan yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai sepenuhnya melalui pemberian yang dibuat kepada Institut oleh mana-mana entiti Kerajaan hendaklah terletak hak pada Institut.

(2)

Harta dalam apa-apa dapatan penyelidikan yang diusahakan oleh Institut yang dibiayai oleh mana-mana orang, enterpris swasta atau organisasi hendaklah terletak hak pada Institut dan mana-mana orang, enterpris swasta atau organisasi itu secara bersesama, tertakluk kepada terma dalam apa-apa perjanjian antara Institut dengan orang, enterpris swasta atau organisasi itu.

(3)

Institut boleh menyediakan apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Institut menurut kuasa subseksyen (1)

kepada mana-mana orang atau badan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan pembayaran apa-apa fi, royalti atau balasan lain, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Institut.

Report

Bahagian VI

Kewangan

Bahagian VII

Kuasa Lain Institut

Bahagian VIII

Schedules