Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian VIII
Akta Institut Sukan Negara 2011 · As enacted · Bahagian VIII
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada Institut di bawah Akta ini dan cara kutipan dan pembayaran fi dan caj itu;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mentadbir
Kumpulan Wang;
mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan program asas pengenalpastian bakat dan program lanjutan bagi atlet yang berpotensi; dan
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau yang perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya peruntukan Akta ini.