Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 · Updated to 26 Jun 2024 · Bahagian II · Anugerah yang Di-Pertuan Agong
10. Menggunakan anugerah Yang di-Pertuan Agong bilamana tidak berhak
Feedback & supportSeseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan apa-apa anugerah Yang di-Pertuan Agong dalam apa-apa bentuk dan cara jika orang itu tidak berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan tersebut di bawah statut yang menetapkan anugerah itu.
10 Undang-Undang Malaysia Akta 787
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
A, pemegang anugerah Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Z.
Z berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut semasa perkahwinannya dengan A. A dan Z sekarang telah bercerai dan
Z terus menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut.
Z melakukan kesalahan.
A, pemegang anugerah Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Z.
Z berhak untuk menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut semasa perkahwinannya dengan A dan selepas kematian A. Selepas A mati, Z kemudiannya berkahwin semula. Z terus menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan anugerah tersebut. Z melakukan kesalahan.