Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2024Read it in English

Bahagian II · Anugerah yang Di-Pertuan Agong

6. Membuat, dsb., alat untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf

Feedback & support
(1)

Seseorang tidak boleh membuat atau membaiki, atau melaksanakan mana-mana bahagian daripada proses membuat atau membaiki, atau membeli, menjual, atau melupuskan apa-apa acuan tekan atau alat bagi maksud untuk digunakan, atau mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa acuan tekan atau alat itu dimaksudkan hendak digunakan, bagi maksud membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Memiliki alat atau benda bagi maksud menggunakannya untuk membuat lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf

Report

Bahagian III

Anugerah Asing

Bahagian IV

Suapan

Bahagian V

Pelbagai

Schedules