Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 · Updated to 26 Jun 2024 · Bahagian II · Anugerah yang Di-Pertuan Agong
4. Menghadiri, dsb., istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf
Feedback & support(1)
Seseorang tidak boleh menjalankan suatu upacara istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf.
(2)
Seseorang tidak boleh menghadiri, mempromosikan atau menyertai dalam suatu upacara istiadat pengurniaan bagi anugerah tidak diiktiraf.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
8 Undang-Undang Malaysia Akta 787
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.