Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 · Updated to 26 Jun 2024 · Bahagian II · Anugerah yang Di-Pertuan Agong
5. Membuat, dsb., lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf
Feedback & support(1)
Seseorang tidak boleh membuat, atau dengan disedarinya melaksanakan mana-mana bahagian daripada proses membuat, lambang kebesaran bagi anugerah tidak diiktiraf.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.