Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian II · Jawatankuasa Keselamatan dalam Talian
10. Fungsi Jawatankuasa
Feedback & supportJawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi untuk menasihati dan memberikan syor kepada Suruhanjaya mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan dalam talian termasuk—
penentuan jenis kandungan memudaratkan;
penentuan kandungan memudaratkan prioriti;
kaedah untuk menganalisis dan langkah-langkah untuk mengurangkan, risiko pengguna didedahkan kepada kandungan memudaratkan;
pendekatan kajian berkaitan dengan kandungan memudaratkan; dan
amalan terbaik untuk mengalakkan kebertanggungjawaban pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dan pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen.
Keselamatan dalam Talian 17
Jawatankuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.