Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian II · Jawatankuasa Keselamatan dalam Talian
8. Pengosongan jawatan anggota Jawatankuasa
Feedback & supportJawatan seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 5(2)(a), (j), (k) dan (l) hendaklah menjadi kosong—
jika dia meninggal dunia;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Jawatankuasa atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Jawatankuasa;
jika dia menjadi bankrap atau tidak solven;
jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Menteri secara bertulis;
dalam hal seseorang anggota Jawatankuasa selain
Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Pengerusi secara bertulis;
Undang-Undang Malaysia 16
jika pelantikannya telah dibatalkan oleh Menteri; atau
jika peletakan jawatannya telah diterima oleh Menteri.