Skip to content
In forceUpdated to 22 May 2025Read it in English

Bahagian III · Kewajipan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Berlesen dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Berlesen

17. Kewajipan untuk menjadikan mekanisme bagi bantuan pengguna tersedia

Feedback & support
(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan suatu mekanisme bagi bantuan pengguna tersedia dalam perkhidmatannya yang boleh diakses dengan mudah oleh semua jenis pengguna dan responsif pada setiap masa.

(2)

Mekanisme bagi bantuan pengguna yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, antara lain, bagi maksud yang berikut:

(a)

bagi pengguna membangkitkan kebimbangannya berkenaan dengan keselamatan dalam talian, termasuk langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen 13;

(b)

bagi pengguna memperoleh apa-apa maklumat lain mengenai mekanisme berkenaan dengan keselamatan dalam talian yang tersedia dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan; dan

(c)

bagi pengguna membuat apa-apa pertanyaan.

Report

Bahagian IV

Pelaporan Kandungan Memudaratkan

Bahagian V

Kuasa Suruhanjaya

Bahagian VI

Aku Janji dan Notis Ketidakpatuhan

Bahagian VII

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules