Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian IV · Pelaporan Kandungan Memudaratkan
29. Pemberitahuan kepada pengguna mengenai laporan kepada agensi penguatkuasaan
Feedback & supportJika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen membuat laporan kepada mana-mana agensi penguatkuasaan berhubung dengan kandungan yang menjadi hal perkara suatu laporan yang dibuat oleh seseorang pengguna kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen 21, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen tidak boleh menzahirkan kepada pengguna yang membuat laporan itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan laporan yang dibuat kepada agensi penguatkuasaan itu.