Skip to content
In forceUpdated to 22 May 2025Read it in English

Bahagian IV · Pelaporan Kandungan Memudaratkan

26. Tindakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atas usulnya sendiri

Feedback & support
(1)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen boleh, tidak kira sama ada suatu laporan telah dibuat oleh pengguna di bawah seksyen 21

atau 24, atas usulnya sendiri menjadikan apa-apa kandungan tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya mengikut cara sebagaimana yang ditentukannya jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kandungan itu ialah kandungan memudaratkan prioriti.

(2)

Jika suatu kandungan telah dijadikan tidak dapat diakses di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatannya mengenai tindakan itu.

(3)

Pengguna yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah subseksyen (1) boleh, melalui permintaan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau

Undang-Undang Malaysia 32

pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, membuat pertanyaan mengenai tindakan itu kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Apabila menerima pertanyaan daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (3), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh mengkaji semula keputusannya mengenai tindakan yang diambil berhubung dengan pertanyaan itu.

(5)

Apa-apa keputusan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang dibuat di bawah subseksyen (4) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

Report

Bahagian V

Kuasa Suruhanjaya

Bahagian VI

Aku Janji dan Notis Ketidakpatuhan

Bahagian VII

Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules