Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian
42. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian
Feedback & supportMenteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian jika—
dia meletakkan jawatannya;
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya;
dia menjadi bankrap atau tidak solven;
dia dilarang menjadi pengarah syarikat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat;
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan, di bawah mana-mana undang-undang, oleh mahkamah di Malaysia;
dia bersalah atas salah laku yang berat berhubung dengan tugasnya;
dia tidak menjalankan obligasinya di bawah seksyen 50;
atau
prestasinya adalah tidak memuaskan bagi suatu tempoh masa yang ketara.
Anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.