Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian
50. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportAnggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian hendaklah menzahirkan, secepat yang dapat dilaksanakan, apa-apa kepentingan kepada Pengerusi, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan kewajipan anggota itu sebagai anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian, dalam sesuatu perkara tertentu.
Undang-Undang Malaysia 48
Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan kewajipan anggota itu, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu tentang percanggahan itu.
Jika tiada mana-mana pihak kepada perkara itu membantah percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian berhubung dengan perkara itu.
Jika suatu pihak kepada perkara itu membantah akan percanggahan itu, anggota itu tidak boleh terus melaksanakan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam
Talian berhubung dengan perkara itu.
Mana-mana anggota yang tidak menzahirkan kepentingannya dalam perkara tertentu hendaklah tertakluk kepada tindakan tatatertib di bawah seksyen 42 atau 49.