Skip to content
In forceUpdated to 31 Mar 2026Read it in English

Bahagian II · Majlis Optik Malaysia

10. Tatacara mesyuarat

Feedback & support
(1)

Pengerusi, jika hadir, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Majlis,

Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat dan jika kedua-duanya tidak hadir, anggota yang hadir pada mesyuarat itu hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(3)

Pengerusi atau

Timbalan

Pengerusi, apabila dia mempengerusikan sesuatu mesyuarat, hendaklah mempunyai undi pemutus.

(4)

Pada sesuatu mesyuarat Majlis, lima orang anggota membentuk kuorum.

(5)

Semua soalan yang dikemukakan dalam mesyuarat Majlis hendaklah diputuskan dengan majoriti biasa anggota yang hadir dan mengundi.

(6)

Tertakluk pada Akta ini, tatacara Majlis hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Report

Bahagian III

Pendaftaran Juruoptik dan Optometris

Bahagian IV

Amalan Optometri

Bahagian V

Schedules