Skip to content
In forceUpdated to 31 Mar 2026Read it in English

Bahagian II · Majlis Optik Malaysia

5. Tempoh jawatan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), seseorang anggota yang dilantik atau dipilih di bawah subseksyen 4(1) atau (2) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak dilantik atau dipilih semula.

(2)

Menteri hendaklah, pada melantik anggota yang disebut dalam perenggan 4(2)(c), (d) dan (e), memastikan bahawa tempoh jawatan seorang daripada anggota yang dilantik di bawah setiap perenggan itu habis tempoh satu tahun lebih awal daripada tempoh jawatan anggota yang satu lagi yang dilantik di bawah perenggan yang sama.

(3)

Jika jawatan seseorang anggota menjadi kosong sebelum habis tempoh jawatannya, orang yang dilantik atau dipilih untuk mengisi kekosongan itu hendaklah memegang jawatan selama tempoh jawatan yang belum habis bagi anggota yang jawatannya telah menjadi kosong itu.

Report

Bahagian III

Pendaftaran Juruoptik dan Optometris

Bahagian IV

Amalan Optometri

Bahagian V

Schedules