Skip to content

Seksyen 9

Mesyuarat Majlis

of Akta Optik 1991

ActIn forceProvision 9 of 18
Seksyen 9
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Pengerusi melalui notis secara bertulis kepada anggota lain dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Menteri boleh, melalui notis secara bertulis kepada setiap orang anggota, mengarahkan supaya suatu mesyuarat diadakan pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu.

Optik 13

(3)

Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.