Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian II · Majlis Optik Malaysia
11. Jawatankuasa
Feedback & support(1)
Majlis boleh melantik jawatankuasa-jawatankuasa untuk membantunya dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Majlis boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini, selain kuasa perwakilan ini, kepada mana-mana jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan anggota Majlis.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 469
(3)
Sesuatu perwakilan di bawah subseksyen (2) boleh dibatalkan oleh Majlis dan tidaklah menghalang Majlis daripada menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.