Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Tatakelakuan
22. Pengawal boleh mengeluarkan tatakelakuan
Feedback & support(1)
Pengawal boleh mengeluarkan suatu tatakelakuan yang memperkatakan kelakuan mana-mana orang yang mempunyai kaitan dengan perniagaan pengilangan cakera optik.
(2)
Pengawal boleh, sebelum mengeluarkan tatakelakuan di bawah subseksyen (1), berunding dengan badan yang mewakili orang-orang yang baginya tatakelakuan itu akan terpakai dan orang-orang berkepentingan yang lain sebagaimana yang difikirkannya patut.
(3)
Tatakelakuan yang dikeluarkan oleh Pengawal di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.