Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II
3. Pelantikan Pengawal, dsb
Feedback & supportMenteri boleh melantik, daripada kalangan pegawai awam, seorang Pengawal Cakera Optik dan apa-apa bilangan Timbalan
Pengawal Cakera Optik, Penolong Pengawal Cakera Optik dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.
Pengawal hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) adalah di bawah arahan dan kawalan Pengawal.
Pengawal dan Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pendaftar di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 606 10
Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal di bawah Akta ini kecuali kuasa di bawah Bahagian III.
Walau apa pun subseksyen (5), Pengawal boleh mewakilkan kepada seseorang Timbalan Pengawal mana-mana kuasanya di bawah Bahagian III, dan apabila diwakilkan sedemikian kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengawal di bawah kawalan dan tertakluk kepada apa-apa arahan dan sekatan yang ditentukan oleh Pengawal.
Sesuatu pewakilan di bawah subseksyen (6) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Pengawal dan tidak menghalang Pengawal daripada menjalankan sendiri kuasa yang diwakilkan itu.
Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini adalah disifatkan sebagai perkhidmatan awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].