Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VII · Penguatkuasaan

35. Kuasa penguatkuasaan

Feedback & support
(1)

Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh menjalankan semua kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2)

Tiap-tiap Penolong Pengawal atau pegawai polis, apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah menyatakan jawatannya dan hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Pengawal supaya dibawa oleh Penolong Pengawal itu atau sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.

Report

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules