Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti
26. Penalti
Feedback & supportMana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah
Bahagian III kecuali di bawah seksyen 15 apabila disabitkan boleh—
jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan didenda tidak melebihi dua ratus dan lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Jika seseorang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah subseksyen
oleh sebab seksyen 30, maka apabila disabitkan dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(b).
Undang-Undang Malaysia
AKTA 606 20