Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian V · Hak Kepada Suatu Paten
19. Penyerahhakan kehakiman akan permohonan paten atau paten
Feedback & supportJika elemen yang perlu bagi reka cipta yang dituntut dalam sesuatu permohonan paten atau paten telah diperoleh secara tidak sah daripada suatu reka cipta yang baginya hak paten itu dipunyai oleh orang lain, maka orang lain itu boleh memohon ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya permohonan paten atau paten tersebut diserahhakkan kepadanya:
Dengan syarat bahawa Mahkamah tidak akan melayani sesuatu permohonan untuk menyerahhak sesuatu paten selepas enam tahun dari tarikh paten itu diberi.