Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian V · Hak Kepada Suatu Paten
20. Reka cipta yang dibuat oleh seorang pekerja atau menurut suatu tauliah
Feedback & supportDengan tiadanya apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana kontrak pekerjaan atau bagi pelaksanaan kerja, hak kepada suatu paten bagi sesuatu reka cipta yang dibuat semasa pelaksanaan kontrak pekerjaan itu atau semasa pelaksanaan kerja itu hendaklah disifatkan terakru kepada majikan, atau orang yang ditauliahkan kerja itu, mengikut mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa jika reka cipta itu memperoleh nilai ekonomi yang lebih besar daripada yang boleh diramalkan dengan munasabahnya oleh pihak-pihak semasa pembuatan kontrak pekerjaan atau bagi pelaksanaan kerja, mengikut mana yang berkenaan, pereka cipta adalah berhak mendapat saraan yang saksama yang ditetapkan oleh Mahkamah jika tidak ada perjanjian di antara pihak-pihak.
Jika seseorang pekerja yang mana kontrak pekerjaannya tidak menghendakinya mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti mereka cipta membuat, dalam bidang aktiviti majikannya, suatu reka cipta dengan menggunakan data atau cara yang diletakkan di bawah kawalannya oleh majikannya, hak kepada paten bagi reka cipta itu
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
hendaklah disifatkan sebagai terakru kepada majikan, jika tidak ada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam kontrak pekerjaan:
Dengan syarat bahawa pekerja itu adalah berhak mendapat saraan yang saksama yang, jika tidak ada perjanjian di antara pihak-pihak itu, boleh ditetapkan oleh Mahkamah yang mengambil kira emolumennya, nilai ekonomi reka cipta itu dan apa-apa faedah yang diperoleh daripadanya oleh majikan.
Hak yang diberi kepada pereka cipta di bawah subseksyen (1)
dan (2) tidak akan dihadkan oleh kontrak.